Tisu-tisu yang dibolehkan Krioawetan

Secara mumnya, pengawetan krio adalah lebih mudah untuk sampel yang nipis dan gumpalan sel-sel individu yang kecil kerana sampel sebegini boleh menyejuk dengan lebih cepat seterusnya memerlukan sedikit sahaja dos bahan pelindung krio yang toksik. Oleh sebab itu, pengawetan krio hati dan jantung manusia untuk tujuan penyimpanan dan pemindahannya masih tidak praktikal.

Namun, kombinasi bahan pengawet yang sesuai bersama kaedah penyejukkan dan pembilasan sewaktu pemanasan sampel sering mebolehkan pengawetan sebegini terhadap bahan-bahan biologi, terutama ampaian sel atau sampel tisu yang nipis. Antara contoh sampel ini termasuklah:

  • Air mani
  • Darah
    • Sel khas untuk transfusi
    • Sel tunjang. Ia - paling optimum dalam kepekatan serum sintetik yang tinggi sintetik serum, penyeimbangan (equilibration) berperingkat dan penyejukan yang perlahan.[3]
    • Darah tali pusat
  • Sampel tisu seperti ketumbuhan dan keratan rentas histologi
  • Telur (oosit)
  • Embrio pada peringkat belahan peringkat (2, 4 atau 8 sel) atau pada tahap blastosist
  • Tisu ovari
  • Biji atau pucuk tumbuhan - dikrioawetkan untuk tujuan pemuliharaan.